Berbaik Sangka Untuk Sahabat

tumblr_mj3pzuEyiz1s69eiao1_500

“Pujilah sesorang teman di belakangnya.
Esok lusa, pujian itu akan sampai kepadanya.
Dan, lihatlah wajah kebahagiaannya apabila berjumpa.
Nescaya, persahabatan kamu akan lebih akrab.”

Ada orang percaya bahawa sukar untuk memberi maaf. Adakah ia benar? Bagi saya, untuk memberi maaf lebih mudah daripada belajar untuk percaya lagi. Lebih baik tersalah maaf daripada tersalah hukum. Saling memberi maaf, justeru sahabat juga tidak alpa daripada berbuat salah terhadap sahabat yang lain. Saling menasihati, insyaAllah, aman dunia.

Dalam gesit (kepantasan) malam dengan bertemankan nyanyian tasbih sang cengkerik, saya menata ayat-ayat puisi di bawah. Di jarak yang tidak berapa jauh, sepelaung sahaja, sang ombak menghempas pantai di Cherating, Pahang. Sebuah nukilan rasa.

Gemuruh ombak itu,
Membangkit nyaliku,
Bahawa alam bertasbih memuji Tuhan nan Esa.

Deruan ombak itu,
Menggamit sari jiwaku,
Bahawa alam akur, memuja Tuhan nan tunggal.

Hempasan ombak itu,
Menautkan aksara menjadi ceritera,
Bahawa daku sayang padamu, teman.

Usai telingkah, bak masam manis kehidupan itu, saling bermuhasabah dan membetulkan mana yang patut.
Hijrah itu menaut persahabatan, mencuci dosa.
Nyahkan hasutan iblis yang sering meniup sengketa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s