Bicara soal cinta

tumblr_nxbz5yViiN1sjt6sco1_500

Pada suatu ketika, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat, “Siapakah yang paling luar biasa imannya?”

Para sahabat menjawab, “Malaikat, ya Rasulullah.”

Rasulullah SAW membalas, ” Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya kerana mereka sentiasa di sisi Allah SWT.”

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian memberi jawapan, “Para nabi, ya Rasulullah SAW.”

Rasulullah berkata, “Para nabi sudah tentu hebat imannya kerana mereka menerima wahyu daripada Allah SWT.”

Para sahabat mencuba lagi, “Andai begitu, kamilah yang paling beriman.”

“Aku berada din tengah-tengah kalian. Sudah tentu kalian orang yang paling beriman.”

Selajur itu, salah seorang daripada para sahabat berkata, “Kalau begitu, Allah SWT dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui.”

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah SAW berkata, “Mereka ialah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku ialah orang yang bahagia. Namun, orang yang tujuh kali lebih bahagia ialah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku.”

Nabi Muhammad SAW diam seketika. Kemudian, Baginda menyambung dengan suara yang lembut, “Sesungguhnya, aku rindukan mereka…”

Bicara soal cinta,
Usah damai dalam sedar yang lena,
Cuba berpaling ke belakang sejeda,
Fikir bahawa ada sebuah cinta,
Rasulullah SAW sudah berceritera,
Bahawa syurga sebermula manusia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s