Menangis Kerana Takutkan Allah

tumblr_nwj5uxNyPI1tg8e2vo1_500

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.”

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

Advertisements

Senyumlah

tumblr_nw1vh0PTIh1twyezqo1_500

Senyumlah, walau hati mu terasa sakit…
Senyumlah, walau diri mu merana…
Senyumlah, walau engkau disakiti…

Kerana dibalik senyuman mu itu…
Tersimpan satu kekuatan…
Kekuatan yang membangkitkan mu…
Memberikanmu semangat baru…

Di balik senyuman mu…
Timbul perasaan sabar…
Engkau ikhlas akan semua yang terjadi…
Engkau berserah pada yang Esa…
Kekuatan senyuman mu, memberikan mu kehidupan…

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah al-‘imran : 139)

Tersenyumlah.. 🙂
Walau kita dianiaya dan disakiti tanpa henti.. 🙂
Sesungguhnya, doa orang2 yang dizalimi itu mustajab.. 🙂

Tanpa Hijab, Wanita Lebih Cantik!

tumblr_n8lzazQA2K1rfxlm7o1_500

Inilah pegangan yang diracuni oleh Iblis ke dalam pemikiran dan hati kaum wanita. Semua ini mengandungi anak panah yang sedia untuk menembus mata dan hati serta syahwat kaum lelaki dan akhirnya mereka terpedaya dengan sumpah Iblis. Iblis juga telah berjanji untuk mendatangi kaum Adam dari pelbagai sudut bagi membolehkan sesuatu perkara dosa atau maksiat itu dilihat seolah-olah tiada cacat celanya!

Pada tahap ini, Iblis telah menggoda wanita bahawa, dengan adanya hijab, kecantikan, keaslian, keistimewaan diri wanita itu tidak akan terserlah jika mereka terus-menerus menutupi diri mereka dengan hijab. Mereka harus membuka dan menghias diri mereka secantik mungkin bagi meningkatkan keyakinan serta penampilan mereka pada pandangan mata kaum lelaki agar mudah diterima. Jika mereka masih menutup badan, mereka akan dikatakan sebagai ketinggalan zaman dan tidak maju! Inilah kekeliruan yang dibisikkan dalam hati kaum Hawa.

Zaman demi zaman, cara dan gaya kehidupan manusia berubah dan fesyen turut berubah! Maka wanita turut berubah atas nama fesyen! Inilah yang berlaku kepada kaum Hawa yang terpedaya dengan bisikan Iblis di hatinya! Berbeza pula dengan seorang wanita atau sekolompok kaum Hawa yang masih mengekalkan cara berpakaian dengan mengenakan hijab. Mereka tetap berpegang teguh dengan prinsip walaupun fesyen berubah! Inilah yang dikatakan sebagai ikan di lautan tetap tidak akan masin walaupun keseluruhan air laut itu masin. Walau apa pun keadaan yang berubah, mereka tetap berpegang kepada prinsip dan inilah kaum yang tidak terpedaya dengan bisikan Iblis.

Namun yang demikian, sumpah Iblis ini adalah satu sumpah yang serius dan ianya begitu besar maknanya bagi Iblis. Mereka tidak akan berhenti dari terus membisikkan ke dalam hati  kaum Hawa. Akhirnya, Iblis akan membisikkan seperti ini kepada kaum Hawa untuk membawa sekali kaum Adam ke lembah maksiat dengan mengatakan,

“Tak mengapakan jika kita mengangkat sedikit kain di bahagian pergelangan tangan hingga ke siku! Bukankah tapak tangan boleh dilihat dan lelaki sudah biasa melihat  tapak tangan perempuan. Barulah nampak cantik. Gaya fesyen muslimah terkini. Tengok! Kan tiada apa-apa kesan. Lelaki biasa sahaja jika melihat bahagian lengan hingga ke siku!”

Apabila pergelangan tangan hingga ke siku sudah biasa dibuka, maka datang lagi bisikan yang seterusnya,

“Bahagian sudah lama dibuka. Sudah biasa. Masih tidak ada apa-apa kesan kepada sesiapa pun. Sekarang, suhu di negara kita panas. Jika kita sering menutup bahagian leher kita, maka kita akan berasa tidak selesa dan panas! Jika kita buka di bahagian leher, maka kita tidak akan berasa panas malah lebih selesa untuk bergerak ke mana-mana!”

Maka, fesyen terbaru dipakai oleh golongan Hawa atas alasan panas di dunia. Bermulalah episod membuka di bahagian leher dan kemudian kaum lelaki mula melihat dengan jelingan yang ringan di bahagian leher kaum wanita.

Suara itu terus berbisik lagi dengan mengatakan,

“Banyak lagi fesyen-fesyen terbaru yang ada di pasaran! Tidak mahukah kita ingin mencubanya?! Rugi kalau kita tidak mencubanya sebab fesyen terkini akan membuatkan kita berasa lebih yakin dengan diri kita!”

Maka bisikan itu dibeeli oleh hati yang sudah lama dibiarkan dengan bisikan Iblis. Akhirnya, wanita hari ini berpakaian tetapi hakikatnya telanjang! Inilah bisikan yang terus-menerus, bertimpa-timpa kepada kaum wanita sehinggakan mereka ditelanjangi oleh Iblis! Jika wanita sudah ditelanjangi, apakah reaksi kaum lelaki? Adakah mereka mampu bertahan dengan keadaan wanita hari ini yang sudah ditelanjangkan oleh iblis? Bukankah itu ruang yang sudah diselesaikan oleh Iblis untuk kaum lelaki melakukan maksiat mata, tangan, hati, kemaluan dan semuanya dengan wanita! Betapa ramainya wanita yang sudah ditelanjangkan oleh Iblis!

Disediakan untuk lelaki juga dibisikkan kepada hatinya dengan berkata,

“Engkau tak mahu tengokkah perempuan itu? Dia kan sudah bersedia dilayani oleh engkau! Tak ada siapa yang tahu. Lihatlah di bahagian lehernya yang putih itu. Lihatlah kulit putih dan gebu perempuan itu. Dia sedang menunggu respons dari kamu!”

Bukankah bisikan ini bisikan yang paling sukar untuk ditolak oleh semua lelaki kecuali mereka yang diberikan kekuatan.

(Daripada buku ‘Bila Zina Menjadi Budaya’)

Begitulah sedikit perkongsian yang ingin kami kongsi daripada buku tersebut. Betapa liciknya syaitan dalam membisikkan dusta dalam hati kita.

Antara adab ketika berpakaian adalah memakai pakaian yang tidak ketat yang menampakkan bentuk tubuh si pemakai terutamanya kepada kaum wanita. Dalam hal ini Nabi SAW telah menyatakan sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya bahawa antara golongan yang akan diazab oleh Allah dalam api neraka adalah golongan perempuan yang disebut ‘Kaasiyat Aariyat’ iaitu wanita-wanita yang memakai pakaian dengan mendedahkan sebahagian bentuk tubuhnya. Salah seorang ulama’ terkenal iaitu Sheikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin  ketika mengulas hadith ini beliau menyatakan bahawa yang dimaksudkan golongan ini antaranya perempuan yang menampakkan bentuk tubuh badan sama ada dengan pakaian yang ketat, jarang mahupun terdedah sebahagian daripada tubuh badannya yang telah dilarang oleh syariat Islam.

Bagi kaum lelaki juga mereka tidak digalakkan untuk memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh pada bahagian aurat mereka dan hukumnya adalah makruh sepertimana yang diterangkan oleh Imam al-Nawawi dalam karyanya al-Majmu’.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat redha Allah. 🙂

Wanita Solehah

tumblr_mpi9c9RzOG1qmtu8ko1_500

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
Tidak terletak pada kemanjaannya.

Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam.
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek.
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya.

Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

Mengumpat… Ish ish ish…

tumblr_mnyde7isC71qjbzy0o1_500

Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (HR Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

“Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (HR Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

“Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (HR Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab : “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.

Tanggungjawab Seorang Anak

large

Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt.Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Mereka lah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibua bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banya. Di dalam hadis-hadis disebutkan beberapa dosa besar yang dinyatakan oleh Nabi saw secara tertib:

1. Mempersekutukan Allah
2. Derhaka kepada dua ibubapa.
3. Cakap bohong atau persaksian bohong

Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:

1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.
2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.
4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa’ ” Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil”
6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.
7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.
8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.
10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.
11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.

Semoga panduan ringkas adab atau tanggungjawab anak terhadap ibupapa ini dapat dihayati serta dikongsi bersama oleh kita semua dan anak-anak zuriat kita.