Kaya Dengan Memberi

tumblr_nn6b5mfGs91tha0uzo1_500

Dalam satu peristiwa, Sayidina Umar telah bersedekah kuda untuk tujuan perjuangan Islam.Kemudian pada lain ketika, kuda itu dijual oleh orang lain. Sebaik mengetahui berita tersebut, beliau berhasrat untuk membelinya kembali.Ekoran itu, beliau pergi menemui Rasulullah SAW dan berkata, “Ya rasulullah SAW, saya berhasrat membelinya kembali. Apa nasihatmu

Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud: “Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu” (Riwayat al-Bukhari)

Ustaz Nasrudin Hassan menulis, “Orang yang paling hebat dan kuat ialah orang yang bersedekah, tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa adanya unsur-unsur untuk menunjuk-nunjuk, ataupun keinginan untuk diketahui oleh orang lain.”

“Hal ini disebabkan naluri manusia sebenarnya selalu rindukan pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih dan sebagainya. Bahkan di hati kita pun selalu terdetik untuk mempamerkan segala aopa yang ada pada diri, atau segala apa yang boleh kita lakukan. Apalagi jika yang ada pada diri kita atau yang sedang kita lakukan itu berupa kebaikan.”

“Manakala menarik sedekah pula adalah satu perbuatan yang disifatkan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis sebagai memakan semula sesuatu yang telah dimuntahkan oleh seseorang. Perkara ini menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan yang buruk dan amat memalukan.”

Dalam sebuah hadis kudsi, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai anak Adam! berinfaqlah (bersedekah), Aku pasti akan melimpahkan kurnia kepadamu. Sesungguhnya gudang nikmat dan kelebihannya (Yaminullah)b sangat penuh berlimpah ruah, tidak akan susut sedikit pun siang atau malam.” (Riwayat Daaruqutni, Bersumberkan Abu Hurairah)

Jangan kedekut kerana rezeki yang diberi untuk orang lain bakal menyuburkan sumber pendapatan kita.

Ayuh berhijrah!